Sumbangan PPE untuk Team Sukarela Pengurus Jenazah Covid

Assalamualaikum w.b.k

Kita sedang mengumpul dana sumbangan untuk Set PPE bagi Team Sukarela Pengurusan Jenazah Covid19 yang memerlukan sumbangan dana.

Sekiranya tuan/ puan ingin menyalurkan sumbangan kepada mereka. Boleh berbuat demikian dengan klik pada butang Buy Now di bawah. 

Sekiranya tuan/ puan ada juga perlukan bantuan PPE(dari organisasi), boleh hubungi kita untuk kita cuba usahakan mencari dana sumbangan.


HARGA SET PPE - SARUNG KEPALA, BAJU DAN KAKI
 

Satu set PPE kita tanya kepada pembekal dan survey anggaran RM10-RM16 satu set. Jadi kita letak dulu satu set PPE RM15 dan sekiranya ada lebihan wang kita akan beli tambahan PPE berdasarkan berapa jumlah RM yang diterima.

Semua perbelanjaan dan aktiviti sumbangan kita akan kongsikan di page Facebook TudungSiComel
 

Jom kita sama-sama bantu mereka. We fight the battle together

Program sumbangan ini dianjurkan oleh Team Rakan Usahawan TudungSiComel. Pengurus dana ialah HQ TudungSiComel. Pihak syarikat dan juga team tidak mengambil sebarang keuntungan untuk sumbangan PPE ini. 100% hasil sumbangan akan digunakan untuk pembelian set PPE dan kos penghantaran/ pengurusan.

Untuk membuat sumbangan, boleh klik pada butang BUY NOW di bawah. Semoga Allah rahmati kita semua… Aamiin.